PKR NAFI SPEKULASI ‘SETIAUSAHA AGUNG’ LETAK JAWATAN

PKR hari ini menolak spekulasi bahawa setiausaha agung parti itu, Saifuddin Nasution Ismail telah meletakkan jawatannya.

Ketua Komunikasi PKR, ketika dihubungi Malaysiakini berkata, Fahmi Fazil berkata khabar angin yang disebarkan itu adalah tidak benar.

“Kami tidak menerima surat yang mengatakan sedemikian,” kata Fahmi.

Menurut mesej yang telah diedarkan di laman sosial, Saifuddin dikatakan kecewa kerana dikecam ahli parti kerana melanggar arahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan Anwar, sebelum ini seolah-olah bersetuju rundingan antara PKR dan PAS diadakan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Anwar berkata Biro Politik PKR telah bersetuju bahawa parti itu tidak memusuhi PAS dan seharusnya mengkaji kemungkinan mengelak pertandingan tiga penjuru bagi menghadapi Umno-BN.

Anwar turut berkata beliau konsisten menyuarakan pendirian beliau kepada parti-parti dalam HARAPAN, tetapi “pimpinan berhak membuat penilaian dari semasa ke semasa.”

Ia susulan pertemuan antara Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamad Azmin Ali yang menziarahi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas pembedahan jantung.

Perkembangan itu menyaksikan sejak kebelakangan ini, PKR bergelut mempamerkan barisan yang bersatu selepas pemimpin utamanya berselisih pendapat mengenai sama ada rundingan harus diteruskan bersama PAS.

Difahamkan Saifuddin berada di luar negara dan sedang dalam perjalanan pulang.

Beberapa pemimpin PKR yang rapat dengan Saifuddin juga berkata bahawa khabar angin itu tidak benar.

– M’kini

.