PKR NAFI BIRO POLITIK MAHU MAHATHIR KETUAI HARAPAN

KUALA LUMPUR – PKR menafikan bersetuju menyokong cadangan melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Pakatan Harapan seperti dilaporkan.

Cadangan barisan pemimpin gabungan pembangkang itu masih lagi dibincangkan dan tiada keputusan muktamad, kata beberapa pemimpin kanan PKR.

“Saya ada dalam mesyuarat itu. Laporan The Malaysian Insight tidak tepat kerana kami masih di peringkat perbincangan dalam parti dan rakan Pakatan Harapan.

“Keputusan rasmi akan disampaikan secara rasmi melalui majlis presiden,” kata pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil kepada Malay Mail Online.

Portal baru itu melaporkan mesyuarat biro politik PKR memutuskan Dr Mahathir, pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), sebagai pengerusi gabungan.

Naib presiden PKR Rafizi Ramli dan ketua whip parti Datuk Johari Abdul juga juga menyatakan tiada keputusan muktamad dicapai berhubung perkara itu.

– Malay Mail

.