PKR MENANG, ANWAR PM KE7

SHAH ALAM – Plakad ‘Anwar PM ke7’ dijulang di udara sebaik sahaja tayangan video bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dimainkan di Kongres Nasional Tahunan PKR ke 12, di sini, hari ini.

Rata-rata perwakilan dan pemerhati dilihat semangat mengangkat plakad tersebut sebaik sahaja video yang memaparkan perjuangan Anwar berakhir.

“Ini parti untuk seluruh rakyat Malaysia. Kita harus pastikan Keadilan (PKR) menang!” antara kata-kata Anwar seperti yang dipetik menerusi tayangan video tersebut.

Kata-kata Anwar itu disambut dengan sorakan seluruh perwakilan sebelum masing-masing bangun mengangkat plakad ke udara.

Kesemua perwakilan turut menyorakkan laungan ‘reformasi’ sebagai tanda setia terhadap Anwar.

Selain pemerhati dan perwakilan, barisan pemimpin PKR turut dilihat bangun mengangkat plakad sama bagi menunjukkan sokongan terhadap Anwar sebagai perdana menteri selepas Datuk Seri Najib Tun Razak.

– SH

.