PIDATO KHAS DR M DALAM KONVENSYEN HARAPAN SABTU INI

Pengerusi Tun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan pidato khas dalam Konvensyen Pakatan Harapan yang pertama kali di Shah Alam, Sabtu ini.

Presiden parti itu Tan Sri Muhyiddin Yasin juga akan memberikan ucapannya bersama-sama tiga lagi pemimpin utama HARAPAN, iaitu Datuk Seri Wan Azizah Ismail (PKR), Lim Guan Eng (DAP) dan Mohamad Sabu (Parti Amanah Negara atau AMANAH).

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah dalam kenyataannya berkata konvensyen itu akan membincangkan penubuhan gabungan pembangkang lebih besar dan kuat serta memastikan pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dan BN.

Konvensyen itu akan berlangsung pada dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang dan dijangka dihadiri kira-kira 1,000 orang.

PAS bagaimanapun hari ini mengesahkan mereka tidak akan hadir dalam acara itu memandangkan mereka hanya mahu bekerjasama dengan PKR sahaja, bukan HARAPAN.

MKINI

.