PH MASIH TERBUKA BERUNDING DENGAN PAS 

PAKATAN Harapan masih sedia membuka pintu rundingan pembahagian kerusi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang dengan PAS walaupun parti Islam itu terus tidak menunjukkan minatnya untuk bekerjasama.

“Kita terbuka untuk berunding dengan semua parti pembangkang, termasuk PAS jika mereka masih anggap ia sebagai parti pembangkang,” kata Ketua Setiausaha Sekretariat PH Saifuddin Abdullah pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah PH bersedia berunding dengan PAS meskipun parti Islam itu memutuskan hubungan politik dengan PKR di Selangor, baru-baru ini.

Saifuddin pada masa sama berkata PKR akan mengadakan mesyuarat pada malam ini bagi membincangkan hubungan politik antara parti itu dengan PAS.

– /www.themalaysianinsight.com

.