PETI BESI ISA DIBONGKAR, RM100,000 DIRAMPAS

PUTRAJAYA, 16 Ogos -- Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dibawa oleh Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas direman lima hari hingga 20 Ogos ini berhubung beberapa kes di Mahkamah Putrajaya hari ini. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) me­rampas wang tunai dianggarkan sebanyak RM100,000 selepas menyerbu rumah bekas pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) Tan Sri Isa Samad malam tadi.

Menurut sumber, serbuan di Senawang, Negeri Sembilan dibuat bagi meneruskan siasatan berhubung isu pembelian hotel oleh anak syarikat FGV, Felda Investment Corporation (FIC) di London dan Kuching.

“Wang berkenaan ditemukan dalam sebuah peti besi milik beliau yang kemudiannya dirampas bagi tujuan siasatan lanjut,” sumber itu dipetik sebagai berkata kepada Utusan Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.
Setakat ini, tiga rumah Isa, termasuk di Nilai dan Liggi, Negeri Sembilan dilapor telah diserbu.

SPRM juga menyerbu pejabat barunya di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini.

Sebelum ini, FIC dilapor membelanjakan jutaan ringgit pada 2013 hingga 2015 bagi membeli dua buah hotel empat bintang namun pembayaran dipercayai dibuat melebihi harga pasaran.

Isa sedang menjalani perintah reman lima hari setelah ditangkap semalam.

– M’kini

.