Kejadian berlaku ketika pesawat AK6443 membuat pusingan u di hujung landasan sebelum berlepas kira-kira pukul 10.25 malam. Pesawat tersebut dalam persediaan berlepas menuju ke Klia2.

Ekoran daripada kejadian itu penerbangan terpaksa ditangguhkan dan kini kerja-kerja mengeluarkan tayar tersebut sedang giat dilakukan oleh petugas lapangan terbang.

Seorang penumpang, Ghani Mohamad,62, berkata, dia dikejutkan dengan gegaran cukup kuat ketika pesawat berkenaan sedang membuat pusingan di landasan tersebut untuk berlepas ke Kuala Lumpur.

Katanya, pada masa itu, pesawat berkenaan dilihat berusaha untuk mengeluarkan tayar daripada dalam tanah tersebut namunĀ gagal.

“Ketika itu bunyi sangat bising. Kami tidak tahu apa yang berlaku pada awalnya sehingga dimaklumkan mengenai kejadian oleh petugas pesawat berkenaan setengah jam kemudian.

“Kami kemudian di bawa keluar dari landasan untuk menunggu di terminal. Melihat pada keadaan itu, kerja-kerja mengeluarkan tayar itu memerlukan masa yang lama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

– UTUSAN ONLINE

.