PESANAN DARI PRESIDEN PPBM

Berikut adalah siri terakhir liputan Majlis Forum PPBM Shah Alam yang berlangsung pada 13/11/2016 lalu. Bagi saya, konsep majlis Forum terbuka Nothing toHide sebegini harus diteruskan lagi. Jangan ikut cara Najib yang TAKUT untuk berdepan dengan rakyat dan menjawab soalan2 spontan.

Kepada para hadirin akan datang, janganlah tanya soalan2 remeh yang sering diulang2 dan yang telah dijawab berulangkali juga oleh kepimpinan parti.  Buang masa dan menjengkelkan.

Pesanan Dari Presiden PPBM – Berjuang Demi Rakyat !

Tumpukan Matlamat Utama – Jatuhkan Najib !

Menjawab beberapa pertanyaan dari hadirin yang sering mengungkit kesalahan2 dan tindakan2 lampau pemimpin2 pembangkang sambil mempertikaikan keikhlasan mahu bersatu, Tun menjadikan contoh dunia Arab yang kononnya menjadikan Yahudi musuh utama tapi sebaliknya orang2 Arab asyik berbalah dan berbunuhan sesama sendiri.

Dalam masa nak berperang dengan Israel, dia terkelencong pergi ke soal Sunni Syiah la.. macam2 lain, depa berperang. Tengoklah, rosak habis. Rosak Syria, rosak Yaman dan Libya…. semuanya rosak kerana tumpuan tidak kepada matlamat.

Matlamat kita sekarang ini ialah untuk menjatuhkan Najib !

Untuk ini saya sanggup duduk di sebelah Kit Siang, musuh ketat saya 60 tahun. Kalau saya boleh duduk tepi Kit Siang, takkan saya tak boleh salam dengan Anwar Ibrahim ! ?

Teori RAHMAN Ini Karut !

Luahan Menyentuh Hati Dari Seorang OKU – Ketepikan Perkara Remeh !

Untuk beberapa video pendek lain dari majlis yang sama – KLiK, KLiK, KLiK

DIN TURTLE

.