PERTEMUAN KALI KEDUA TUN M – ANWAR KUKUHKAN LAGI PAKATAN HARAPAN

Saya amat yakin bahawa perjumpaan kali kedua di antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim buat kali kedua bakal mengukuhkan lagi ikatan serta perpaduan di dalam Pakatan Harapan.
Perjumpaan tersebut juga secara otomatisnya telah menyangkal pendapat-pendapat kaki bodek minda lemah otak udang puak UMNO serta Barisan Nasional yang seringkali membuat tohmahan kononnya hubungan silaturrahim terbaru di antara Tun Mahathir  dan Datuk Seri Anwar hanyalah wayang semata-mata.
Kedua-dua tokoh negarawan ini boleh dan mampu merobah senario lanskap politik tanahair!! Gandingan tenaga secara ikhlas di antara kedua tokoh ini bakal menyaksikan perubahan baru pada sistem politik tanahair kita.
Semua puak-puak dalam UMNO seperti kaki bodek minda lemah otak udang Salleh Said Keruak serta keseluruhan pemimpin-pemimpin UMNO akan menjadi bertambah gusar!!
Saya tidak tahu butiran terperinci apa yang dibincangkan secara sulit di antara Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar selama lebih kurang 45 minit, namun apa yang diterangkan oleh Tun Mahathir kepada rakan-rakan media di luar kamar mahkamah semalam dilihat amat memberangsangkan!!
Tun Mahathir adalah tokoh berprinsip yang senantiasa berpegang erat pada simpan rahsia sulit tetapi saya berpendapat pertemuan semalam amat diberkati oleh Allah swt kerana kedua mereka mempunyai nawaitu mulia bagi selamatkan tanahair kita yang semakin dirosakkan oleh kerajaan kleptokrasi serta Perdana Menteri paling korup.
Saya amat yakin dengan semangat ikhlas, jujur serta kepentingan bersama kearah Selamatkan Malaysia di antara kedua tokoh negarawan ini akan mampu untuk memantapkan lagi ikatan perpaduan mahupun kekuatan Pakatan Harapan sebagai persediaan menghadapi PRU 14 yang semakin hampir.
Selepas perjumpaan tersebut, saya dapat lihat rias air muka gembira Tun Mahathir. Ini merupakan satu petanda baik buat Pakatan Harapan yang bakal menyuntik semangat baru kepada semua pihak bagi ketepikan segala perbezaan pendapat sesama sendiri tetapi hanya memberi tumpuan 200% untuk tumbangkan kerajaan kleptokrasi yang dipimpin oleh Perdana Menteri paling korup dalam sejarah kepimpinan politik Malaysia.
Puak-puak kaki bodek minda lemah otak udang UMNO nampak semakin tertekan semalam dengan perkembangan terbaru perjumpaan kali kedua tersebut.
Dengan izin Allah swt, yakinilah bahawa pertemuan kali kedua buat kedua tokoh ini merupakan satu petanda baik Putrajaya bakal ditawan selepas PRU 14 nanti. Insya-Allah. Amin!!
Apabila saya menggerakkan Sukarelawan Deklarasi Rakyat di peringkat akar umbi khususnya di negeri Perlis, Kedau, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Terengganu, satu ’emblem’ gelombang perubahan amat ketara kelihatan!!
Selangor dan Pulau Pinang masih dapat mengekalkan prestasi memenangi sokongan rakyat jelata kepada Pakatan Harapan.
Kita tidak perlu risau dengan tindakan kerajaan untuk buat pensepadanan semula bagi mengalih pengundi-pengundi Melayu masuk ke kawasan-kawasan baru. Hakikatnya, ini tindakan bodoh kerajaan kleptokrasi Barisan Nasional yang bakal memakan diri mereka sendiri!!
Pengundi-pengundi Melayu secara majoritinya pada hari ini tidak lagi sokong kerajaan kleptokrasi.
Kerajaan kleptokrasi hari ini hanya syok sendiri. Mereka tidak kaji sentimen rakyat secara mendalam di peringkat akar umbi.
Rakyat terlalu benci dan tidak boleh terima lagi kemungkaran kepimpinan kerajaan kleptokrasi pada hari ini yang amat keterlaluan!! Apa saja tindakan kerajaan kleptokrasi Barisan Nasional atau pemimpin-pemimpin UMNO, ianya akan mendatangkan kemudaratan pada mereka!!
Kita bersyukur kerana nampak keakhraban serta keikhlasan Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar yang sanggup ketepikan segala perbezaan pendirian politik sesama meraka pada suatu masa dulu dan hanya berpegang pada nawaitu untuk Selamatkan Malaysia semata-mata!!
Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar  amat berjiwa besar!!
Sehingga hari ini saya masih menerima ribuan respon dari rakyat jelata yang begitu gembira dengan pertemuan kedua di antara kedua-dua tokoh negarawan tersebut semalam.
Kini rakyat jelata semakin yakin dengan kemantapan perpaduan Pakatan Harapan yang sedang ditunjang oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Ketua Pembangkang.
Malahan negeri Selamgor yang sedang dipimpin oleh Datuk Seri Azmin Ali  dan Pulau Pinang  yang diketuai oleh Lim Guan Eng masih berjaya mengekalkan prestasi sokongan terbaik dari rakyat di peringkat akar umbi hingga kini.
Perpaduan dan hubungan yang semakin akrab di antara Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar bukanlah satu wayang tetapi ianya telah membuktikan kepada keseluruhan rakyat Malaysia bahawa mereka amat berjiwa besar.
Kedua-dua pemimpin tersebut telah berjaya membuktikan bahawa mereka adalah tokoh begarawan tulen yang amat berjiwa besar yang meletakkan kepentingan bangsa, agama serta tanahair di atas segalanya.
Adalah tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa pertemuan kali kedua semalam bukan saja merupakan lambang untuk Pakatan Harapan bakal berjaya menawan putrajaya pada PRU 14 nanti tetapi kemantapan Pakatan Harapan ini juga bakal membawa pulang semula PAS ke pangkuan barisan pembangkang. Insya-Allah!! (Amin yarabbal alamin)
Syukur alhamdulillah kerana pertemuan bersejarah semalam telah berjaya melonjakkan lagi geraf populariti Pakatan Harapan di sanubari rakyat. Inilah yang rakyat ingin lihat!!
KHAIRUDDIN ABU HASSAN

11 Februari 2017.

– http://shahbudindotcom.blogspot.my

.