PERMAISURI JOHOR SAYU LIHAT RAKYATNYA…’

SHAH ALAM – Sudah menjadi seperti rutin harian, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idrish Shah berkenan mencemar duli melawat mangsa-mangsa yang terbabit dalam kejadian kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Sejak kejadian itu berlaku semalam, baginda tidak putus untuk hadir melawat mangsa, termasuklah pada hari ini, sikap prihatin baginda membuatkan rata-rata pelayar media sosial meluahkan rasa terharu dengan keprihatinan baginda.

“Ya ALLAH, tersentuh melihat keperihatinan permaisuri dan keluarga diraja ini, didoakan semoga mereka segera sembuh, menjunjung kasih Tuanku,” tulis Syafiefie Rashid.

Menurut Syahril A Kadir pula, dia memang ‘angkat tangan’ dengan baginda dan keluarga diraja Johor di atas keprihatinan yang mereka tunjukkan.

“‘Salute’ kepada keluarga diraja Johor yang tak putus-putus mengambil berat daripada kejadian semalam sehingga ke hari ini,” tulisnya.

Allysha Que Thaqif  pula mendoakan  agar baginda permaisuri diberikan kesihatan yang baik di atas keprihatin baginda terhadap rakyat.

Dalam pada itu menurut, Norsyuhada Ali Othman pula dia begitu tersentuh hati melihat sikap keprihatinan baginda permaisuri.

“Sayunya hati…,” tulisnya.

Manakala menurut Rose Ana, dia turut menzahirkan rasa terharu di atas keprihatinan baginda.

“Sungguh mulia hatinya memberi sokongan moral pada rakyat yang dilanda musibah semoga ALLAH bagi rahmat pada permaisuri Johor,” tulisnya.

Sementara itu menurut Zaidi pula menyatakan baginda permaisuri dan keluarga kerabat diraja Johor merupakan  lambang kebanggan negeri selatan itu.

“Kami semua sayang kerabat sultan Johor, kami semua bangga menjadi rakyat Johor, semoga semuanya selamat hendaknya, ALLAH maha mengetahui,” tulisnya.

SINAR HARIAN

.