PERLU TIDURI 32 GADIS PERAWAN, DEMI ILMU HITAM

JAMBI – INDONESIA. Seorang lelaki didapati merupakan pengamal ilmu hitam selepas dia ditangkap setelah menculik dan merogol anak jirannya.

Memetik laporan media tempatan, lelaki itu yang dikenali Alias Toni, 43, telah memperkosa RS, 15 dihadapan isterinya demi tuntutan syarat ilmu hitam yang diamalkannya.

Sangkaan awal polis, mengesyaki tindakan nekad Toni itu adalah bermotifkan dendam kepada kedua ibu-bapa RS, namun sangkaan itu ternyata meleset sama sekali.

Menurut jurucakap polis AKP Afrito M menjelaskan, Toni memberitahu pihaknya bahawa dia perlu meniduri 32 gadis perawan agar ilmu hitam yang dituntutnya benar-benar sempurna.

“Kepada penyiasat polis, dia (Toni) mengaku menuntut ilmu Mego Nondho dan Semar Mesem,” ungkap Afrito di Muarabungo, ibu kota Kabupaten Bungo, semalam petik laporan Liputan 6.

Dua jenis ilmu hitam yang diamalkan oleh Toni itu dipercayai boleh ‘mendatangkan’ harta yang berlimpah ruah apabila syarat-syaratnya dipenuhi olehnya, namun belum apa-apa lagi, Toni sudah ditangkap dan ditahan polis.

Jelas Toni lagi dia juga mengaku sudah berjaya meniduri 17 anak gadis perawan dan yang terakhir adalah RS.

“Daripada pengakuannya, mangsa adalah berasal dari beberapa Daerah bermula dari Lampung sehingga ke Jambi,” jelas AKP Afrito.

Kini Toni bersama isterinya Robina sudah ditahan reman di balai polis Mapolres Bungo, pasangan suami isteri itu akan didakwa di bawah Undang-Undang Indonesia menurut pasal 81, perenggan 1, Jo, 76D undang-undang nombor 35, 2014 mengenai perlindungan kanak-kanak.

Mereka berdua berhadapan hukuman penjara 20 tahun dan denda RP 5 milliar.

Terdahulu, tindakan Toni dan Robina terbongkar selepas kisah kehilangan RS menjadi bualan bualan penduduk Sungai Lilin, Daerah Tanah Sepenggal, Kota Bungo sehingga membawa kepada penangkapan mereka berdua.

RS dilaporkan hilang pada 3 Januari lalu dan sejak itu polis menjalankan siasatan sehinggalah mereka berdua ditangkap.

–¬†http://www.sinarharian.com.my/

.