Jelasnya, parti politik berkenaan yang tidak didedahkan secara terperinci oleh beliau sanggup memberi jawatan penting parti demi memancing minat Perkasa.

Kata Ibrahim, namun tawaran tersebut ditolak kerana prinsip perjuangannya tidak selaras dengan Perkasa yang ditubuh bagi membela untung nasib agama, bangsa dan negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Persidangan Khas Tahunan Perkasa Parlimen Kelana Jaya dekat sini hari ini.

– UTUSAN ONLINE

.