PERKARA YANG TIDAK GEMBIRAKAN KABINET NAJIB

Pendedahan Menteri Kewangan ke11 Datuk Ahmad Husni mengenai sebab sebenar beliau meletakan jawatan tepat dan wajar pada pandangan rakyat dan memberi kesan yang sangat buruk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Husni tidak terus menjatuhkan hukuman bahwa kes 1MDB itu satu jenayah kerana beliau tidaklah berada di posisi membolehkan beliau mengetahui hasil siasatan pihak berkuasa mengenai kes tersebut. Jadi mana mungkin Husni boleh mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan kapasitinya selaku bekas Menteri Kewangan. Cuma apa yang diluahkan Husni sebenarnya sedikit sebanyak telah membuka pekong Najib.
Dengan pengunduran beliau yang sebelum itu Wahid Omar, secara tidak langsung menggambarkan adanya sesuatu perkara yang tidak menggembirakan dalam Kabinet Najib selama ini. Taraf Najib sebagai seorang “suspect” semakin tinggi.

Rakyat di lapangan sedang merasai keadaan sebenar dari kekalutan ekonomi dan politik terutama para kontraktor yang mencari peluang baru dan juga usahawan-usahawan yang menunggu bayaran dan ahli-ahli perniagaan yang merasai kesan dari tertutup peluang-peluang baru dan sebagainya kerana peruntukan yang terhad dan dibataskan.Pelajar-pelajar juga merasakan sakitnya.

Rakyat mempunyai keyakinan bahawa kestabilan negara akan dapat dipulihkan hanya apabila Najib dan Rosmah berundur.Pemulihan tidak mungkin berlaku dengan serta merta kerana kerosakan yang berlaku terutama yang menjejaskan maruah, integriti dan keyakinan di dalam dan luar negara sangat teruk tetapi rakyat tetap percaya ada kebaikan kepada negara jika Najib berundur.

Maruah negara tidak akan pulih hanya semata-mata kerana media tempatan membesar-besarkan Rosmah dianugerah “Lead By Example” daripada UNESCO kerana dalam negara cerita buruknya lebih banyak dari cerita baiknya. – http://zamkata.blogspot.my/

.