PERCAYA TAK? Pinda perlembagaan bukan untuk sekat kuasa Agong

Datuk Seri Nazri Aziz berkata pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1994 – yang memerlukan izin sultan atau raja – bertujuan mengehadkan kuasa istana.

Katanya perlembagaan dipinda pada ketika itu semata-mata untuk melicinkan proses penggubalan undang-undang demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat serta negara.

“Ia tiada kena mengena langsung dengan usaha untuk mengurangkan kuasa sesiapa, (sebaliknya) hanya untuk melicinkan (proses penggubalan undang-undang) saja,” katanya kepada media di Muzium Negara di Kuala Lumpur hari ini.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu ditanya media mengenai pandangannya jika perlembagaan perlu dipinda semula bagi membolehkan raja-raja Melayu memberikan persetujuan sebelum sesuatu undang-undang itu diluluskan.

The Star hari ini melaporkan kabinet terbuka untuk membincangkan isu mengehadkan kuasa Yang di-Pertuan Agong ke atas mana-mana akta baru.

Nazri berkata faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum sesuatu pindaan dibuat ialah kelicinan proses penggubalan undang-undang.

“Hal-hal lain tak patut jadi fakta untuk kita kaji semula melainkan ia menjadi halangan kepada proses itu,” katanya.

MKINI