Penyingkiran Gani sebagai AG tak salah

Dalam komen terbuka pertamanya sejak disingkirkan daripada jawatan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini berkata, ia dibuat selaras dengan Perintah Am kerajaan.

Kenyataan itu dibuat Gani selepas seorang anggota kanan Majlis Peguam mencadangkan beliau mengambil tindakan undang-undang atas penyingkirannya.

Ketika sesi soal jawab bersama Gani di Kuala Lumpur hari ini peguam Syahredzan Johan bertama sama ada berlaku pelanggaran perlembagaan apabila seorang pegawai perkhidmatan awam diberhentikan tanpa memberi ruang perbicaraan yang adil.

Bekas presiden Majlis Peguam Khuthubul Zaman Bukhari kemudian berkata, Gani wajar membawa isu penyingkirannya ke mahkamah bagi memastikan hak beliau terpelihara.

“Kita hidup di negara demokrasi dan badan kehakiman berperanan memastikan situasi itu (tidak berlaku).

“Perlu ada semak dan imbang bagi kakitangan awam yang disingkirkan dan orang yang terlibat perlu membawanya ke mahkamah,” katanya.

Gani yang sebelum ini mengetuai pasukan petugas khas menyiasat 1MDB sebelum diketepikan daripada jawatannya 14 bulan lalu memberikan jawatan lebih diplomatik.

“Sekarang anda telah melihat ia berlaku. Anda akan berkata macam-macam. Ini adalah isu (yang berlarutan) 50 lebih tahun dan tiada siapa yang membangkitkan apa-apa.

“Apa yang penting ialah walaupun AG (Peguam Negara) dianggap sebagai kakitangan kerajaan dan terikat oleh perintah kerajaan, ia tidak sama seperti hakim atau Ketua Audit Negara.

“Itu adalah kedudukan paling lucu yang anda temui pada AG. Terdapat pindaan kepada peruntukan suatu masa dulu dan inilah sebab mereka mahu membawa masuk atau sudah dibawa masuk seorang ahli politik untuk menjadi Peguam Negara.

“Oleh itu, terpulang kepada kuasa PM (perdana menteri) untuk menyingkirkan (peguam negara) sesuka hati (beliau) … Ermm maaf, dan apabila didapatinya perlu,” katanya.

Bagaimanapun kata Gani tiada berlaku pindaan atau perubahan sehingga kini.

Selepas Gani diketepikan kerajaan melantin Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai peguam negara. Bekas hakim itu pernah menjadi pemimpin Umno di Terengganu suatu ketika dulu. – M’kini

.