PENYERTAAN MAT TAIB LONJAK SEMANGAT RAMPAS SELANGOR

SHAH ALAM – Umno Selangor berkeyakinan penyertaan semula bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib memberi kekuatan untuk parti menawan kembali negeri itu daripada Pakatan Harapan pada PRU14 akan datang.

Menurut Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar, penyertaan Muhammad  itu secara tidak langsung dapat melonjak kembali semangat perjuangan ahli parti.

“Hari ini kami dimaklumkan beliau kembali semula menyertai Umno dan Umno selangor mengalu-alukan kehadiran semula belas pemimpin hebat ini.

“Ia memberi kekuatan untuk Umno meningkatkan perjuangan demi memastikan  Selangor dapat ditawan semula,” katanya.

Pada sidang media itu, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penyertaan  Muhammad ke dalam Umno di Ibu Pejabat Umno, Menara Dato Onn, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Menurut Noh, hubungannya dengan Muhammad begitu akrab terjalin meskipun bekas Naib Presiden Umno ketika itu bersama pembangkang.

“Saya anggap dia sebagai guru dan tidak mungkin akan melupakan jasa beliau. Walaupun beliau di ‘sana’ hubungan sebagai pemimpin tetap akrab.

“Saya percaya beliau akan menaikkan lagi semangat Umno negeri bagi menawan Selangor kembali,” katanya.

– Sinar harian

.