PENYAMUN BOGEL PECAH MASUK RUMAH, LARI BEG TANGAN

GOMBAK – Seorang penjenayah menggunakan taktik ganjil, berbogel ketika memecah masuk sebuah rumah untuk melakukan samun.

Perbuatan lelaki itu, disyaki warga asing, dikesan melalui rakaman video CCTV jiran rumah mangsa di Jalan Dewan Simpang Tiga di sini, lapor Harian Metro.

“Penjenayah terbabit dilihat melarikan diri dalam keadaan berbogel sambil memikul beg tangan milik adik saya selepas memecah masuk kediaman kami,” kata mangsa, dikenali sebagai Rahman.

Ibunya mendapati pintu belakang terbuka dengan kesan umpil dan terdengar bunyi orang berlari ketika mahu bersolat jam 5.30 pagi kelmarin.

Rahman, anak sulung daripada enam beradik, kemudian membuat aduan di balai polis Gombak.

– Malay Mail

.