PENULIS DIBELASAH KERANA PROPEMBANGKANG

Penulis politik akhbar Tamil Malar didakwa diserang beberapa lelaki susulan tulisan yang menyokong pembangkang.

K Muthukrishnan, 69, dipukul pagi semalam di Buntong Perak, lapor Berita Daily.

Pengurus Urusan Tamil Malar SM Periasamy memberitahu portal itu bahawa tiga individu mendekati mangsa ketika sedang bersarapan.

Mereka didakwa mengeluarkan kata-kata kesat termasuk mahu beliau berhenti menulis artikel yang menyokong pembangkang.

“Mereka juga mahu mangsa tidak mengkritik pemimpin BN, terutamanya MIC, di media sosial.

“Ketika Muthukrishnan minta laki-laki itu menjaga kelakuan, salah seorang daripada mereka tumbuk muka dia.

“Mereka kemudian mula serang dia, menyebabkan kecederaan di muka dan badan,” katanya.

Periasamy juga menyatakan kebimbangannya terhadap serangan terhadap seorang petugas media.

“Jika mereka tidak gembira dengan laporan kami, mereka boleh minta penjelasan, dan kami akan akan pastikan suara mereka didengar. Tetapi, jangan berlagak samseng,” katanya.

Difahamkan Muthukrishnan telah membuat laporan polis dan menerima 16 jahitan akibat luka-luka di Hospital Ipoh.

– M’kini

.