PENTADBIR 1BESTARINET DIPERSOAL BENARKAN PAPARAN WEB POLITIK

KUALA LUMPUR  – Pentadbir portal 1BestariNet sebuah laman penyelesaian bersepadu Kementerian Pendidikan hari ini dipersoalkan kerana membenarkan laman web berunsur politik dipaparkan menerusi portal tersebut.

Ayusz yang menggunakan akaun Twitter @FairusZana mempersoalkan mengapa pengendali portal itu tidak melakukan sekatan menyeluruh ke atas laman web berunsurkan politik?

Apa menghairankan Ayusz ialah pengedali 1BestariNet membenarkan paparan laman web kumpulan Bersih, sebaliknya cubaannya memasuki laman web www.mykmu.net disekat.

“Dato @MahdzirKhalid, siapakah yang menjaga akses untuk ke BestariNet? Sekatan sepatutnya menyeluruh kepada semua page (laman) politik. Bersih allowed (dibenarkan)?,” katanya dalam twit yang ditujukan kepada Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

CETAKAN skrin jawapan Mahdzir Khalid yang disiarkan menerusi laman Twitter hari ini.

CETAKAN skrin jawapan Mahdzir Khalid yang disiarkan menerusi laman Twitter hari ini.