PENJELASAN ISU 1MDB SEBAB UTAMA PERLU HADIR HIMPUNAN

PETALING JAYA – Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyifatkan Himpunan Rakyat ‘Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi’ merupakan platform terbaik buat rakyat mendapatkan lebih informasi mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurutnya, sudah menjadi tuntutan rakyat untuk hadir dalam mendapatkan penjelasan teliti mengenai skandal terbesar yang melanda negara ini.

“Sewajarnya, rakyat diberikan penjelasan lanjut daripada pihak yang menyelidik dan mengetahui hal penyelewengan 1MDB dan penyalahgunaan wang negara dalam isu ini.

“Tambahan pula, isu ini melibatkan wang rakyat sepenuh maka wajarlah bagi mereka untuk menuntut satu penjelasan daripada pihak terbabit,” katanya ketika sidang media, hari ini.

Himpunan tersebut akan diadakan pada 14 Oktober bertempat di Petaling Jaya dan turut mempunyai pelbagai acara lain seperti ceramah, persembahan kebudayaan dan lain-lain.

– http://www.sinarharian.com.my

.