PENGURUS BANK DI SINGAPURA DIDAKWA BERKAITAN 1MDB

SINGAPURA – Warga Switzerland, Jens Fred Sturzenegger didakwa berhubung siasatan Singapura terhadap skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), menjadikan individu kelima didakwa di sini.

Lelaki berusia 42 tahun itu, yang merupakan pengurus cawangan Falcon Private Bank, didakwa pada Khamis dengan 16 pertuduhan gagal melaporkan urus niaga mencurigakan dan memberikan maklumat palsu kepada pihak berkuasa, lapor Channel News Asia.

Kesalahan-kesalahan yang didakwa dilakukan antara tahun 2013 dan tahun lalu.

Pihak berkuasa Kewangan Singapura (MAS) menutup Falcon Private Bank pada Oktober lalu dan Sturzenegger ditahan oleh Jabatan  Hal Ehwal Komersial pada 5 Oktober tahun lepas.

Salah satu tuduhan menyatakan Sturzenegger didakwa bersubahat gagal melaporkan urus niaga mencurigakan yang melibatkan aliran masuk kira-kira AS$1.265b (RM5.67b) ke dalam dua akaun Falcon bank pada Mac 2013.

Dalam satu lagi pertuduhan, dia dituduh bersubahat dengan Cidy Widjaja, ketua pematuhan Falcon Bank untuk memberi maklumat kepada kakitangan MAS yang diketahuinya sebagai palsu.

Dia didakwa meluluskan maklumat dari Widjaja yang memaklumkan kepada Pegawai MAS bahawa orang yang berurusan dengan bank adalah Encik Tan, sedangkan bank sebenarnya berurusan dengan ahli perniagan Malaysia, Low Taek Jho yang  dikatakan menggunakan alamat emel yang menunjukkan dengan nama keluarga Tan.

Kesalahan tersebut dikatakan berlaku pada Julai 2015.

Sturzenegger hadir ke mahkamah bersama peguamnya Tan Hee Joek dan memaklumkan niatnya untuk mengaku bersalah.

Kesnya akan didengar lagi pada 11 Januari.

Tahun lalu, tiga individu telah disabitkan dengan peranan mereka yang berkaitan dengan skandal 1MDB di mana berbilion-bilion dolar telah dikatakan disalahgunakan daripada dana pelaburan negeri.

Bekas pegawai bank BSI, Yak Chee Yew dan Yvonne Seah Yew Foong telah disabitkan membantu untuk memalsukan dokumen dan gagal melaporkan urus niaga mencurigakan.

Yak dijatuhi hukuman 18 minggu penjara dan denda AS$24,000 (RM75, 073) manakala Seah telah diserahkan dua minggu penjara dan denda AS$10,000 (RM31, 280).

Bulan lalu, bekas eksekutif BSI Yeo Jiawei dijatuhi hukuman penjara 30 bulan ke atas empat tuduhan menggangu saksi.

Dia menghadapi tujuh pertuduhan lain yang melibatkan penipuan, penggubahan wang haram dan pemalsuan.

Yeo mempunyai hubungan yang rapat dengan ahli perniagaan Malaysia Jho Low yang dianggap oleh polis Singapura menjadi “suspek utama” dalam siasatan penggubahan wang haram.

– SH

.