PENGUNDI LUAR JADI PENENTU PIHAK MANA BAKAL TAWAN KELANTAN

MEOR Hakimi Abdul Halim adalah seorang daripada puluhan ribu yang kembali ke Kelantan lima tahun lalu untuk membantu mengekalkan PAS dalam kerajaan negeri semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kali ini, eksekutif di sektor swasta itu cenderung memberikan sokongannya kepada parti lain pada PRU14, ketika kemarahan pengundi luar melanda kerajaan Kelantan.

Pakar strategi daripada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berkata pengundi seperti Meor Hakimi berperanan penting dalam mengekalkan kuasa PAS sejak PRU 1990 – ketika parti itu mengambil alih kerajaan negeri.

Kali ini, mereka akan menjadi faktor penting kepada PAS sama ada mampu terus mengekalkan Kelantan atau menyaksikan pemerintahan selama 28 tahun parti Islam itu akan berakhir. Dan kedua-dua pakatan itu berharap menjadi pemerintah Kelantan seterusnya.

Semangat kenegerian yang kuat di Kelantan terkenal di kalangan orang Melayu. Tidak seperti pengundi Melayu dari negeri lain, Kelantan jarang mengundi selain daripada negeri asal mereka.

“Malah orang Kelantan yang berumur 50-an yang tinggal sebahagian besar hidup mereka di luar, kembali ke Kelantan untuk mengundi,” kata ahli Umno Tanah Merah, Hafizi Sabudin.

Kebanyakan penduduk Kelantan yang berada di luar negeri berumur antara 21 dan 40 dan bekerja di di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.

Penduduk Kelantan yang berhijrah ke luar negeri terdiri daripada hampir 40% pengundi negeri, kata Ketua Amanah Tumpat Wan Johari Wan Omar.

Pada 2004, bilangan yang kembali tidak cukup dan jumlah pengundi yang keluar mengundi di Kelantan adalah kira-kira 70%, kata Wan Johari.

“Kami hampir kehilangan Kelantan dalam pilihan raya itu,” kata Wan Johari, merujuk kepada bagaimana PAS hanya mampu memperoleh majoriti dua kerusi dalam dewan undangan negeri itu.

Selepas itu, PAS membentuk jawatankuasa khas bagi pengundi luar Kelantan yang dipimpin  oleh Wan Johari ketika beliau bersama PAS.

Pada 2008 dan 2013, menteri besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat merayu pengundi luar negeri untuk kembali dan PAS mendapat dua pertiga daripada semua kerusi dalam dewan 45 anggota dalam kedua-dua pilihan raya.

Tetapi PRU14 akan menjadi sukar bagi semua parti di Kelantan, kata Wan Johari.

“Undian luar negeri akan berpecah tiga. Kerana kita mempunyai program-program untuk memujuk mereka dan BN serta PAS turut melakukan perkara yang sama. Kita tidak boleh melihat trend sebenar bagaimana mereka akan mengundi sehinggalah dewan negeri dibubarkan.”

Faktor Husam-Nik Aziz

Kajian oleh penyelidik bebas, Ilham Centre mendedahkan terdapat penentangan tersembunyi yang kuat di kalangan orang Kelantan yang tinggal dan bekerja di negeri ini kepada kerajaan negeri.

Tinjauan The Malaysian Insight baru-baru ini juga mendapati lebih separuh daripada mereka yang ditemuramah di lima daerah berkata bosan dengan perkhidmatan majlis tempatan yang kurang baik dan kekurangan pekerjaan dan pembangunan.

Kematian bekas menteri besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat memberi kesan yang besar penduduk Kelantan dan PAS yang turut menjejaskan parti Islam itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Februari, 2018.
Kematian bekas menteri besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat memberi kesan yang besar penduduk Kelantan dan PAS yang turut menjejaskan parti Islam itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Februari, 2018.

Meor Hakimi, yang berasal dari Salor di pinggir Kota Baru, juga merasakannya walaupun dia tinggal di Lembah Klang.

“Ia seperti tiada peningkatan setiap kali saya kembali ke Kelantan. Jalan-jalan masih buruk, sampah tidak diambil secara berkala. Kota Baru nampaknya paling mundur dari semua ibu negeri.”

Pada 2013, beliau menyokong PAS kerana Nik Aziz dan bekas ketua eksekutif kanan Husam Musa, yang kini bersama Amanah.

“Kini tanpa Nik Aziz, PAS seolah-olah berbeza,” kata Meor Hakimi tetapi enggan mengulas lanjut.

Trend pengundi Kelantan ini berpaling daripada PAS kerana ketiadaan Nik Aziz boleh menyumbang kepada kekalahn antara 10% hingga 20% bagi parti Islam itu, kata penganalisis politik Hisommudin Bakar.

“Beliau mempunyai keperibadian yang kuat dan menawan, malah ahli-ahli Umno secara rahsia mengundinya,” kata Hisommudin, yang merupakan pengarah eksekutif Ilham Centre.

Nik Aziz meninggal dunia pada Februari 2015.

Perpecahan PAS pada 2015, yang menyaksikan kelahiran Amanah, juga membantu mengikis sokongan. Beberapa pemimpin PAS paling berpengaruh meninggalkan parti Islam untuk menyertai Amanah.

Mereka termasuklah Husam Musa, yang ketika itu adalah exco negeri, dikenali sebagai orang kanan Nik Aziz dan sangat popular di kalangan profesional Kelantan.

Selepas menyertai Amanah, Husam secara aktif mendedahkan kegagalan kerajaan PAS seperti projek lebuh raya rakyat dan skim perdagangan karbon yang mencurigakan.

Blok pengundi

BN juga segera memanfaatkan ketidakpuasan hati terhadap PAS Kelantan.

Ahli perniagaan Hafizi, yang berasal dari Tanah Merah, berkata tiga daripada empat orang penduduk Kelantan berada di luar yang beliau temui menyatakan sokongan kepada BN.

“PH juga mendapat sokongan di kalangan pengundi luar bandar dan juga penduduk tetapi tidak begitu banyak. BN lebih kuat, terutamanya di kalangan orang berniaga,” katanya.

Kelemahan BN, kata Hafizi, memenangi hati pengundi berusia antara 21 dan 30 tahun.

“Sokongan daripada mereka mungkin akan kita perolehi apabila kita mendedahkan dasar untuk belia dalam manifesto.”

Hisommudin berkata adalah sukar untuk mendapatkan bacaan yang tepat mengenai bagaimana undi pengundi luar akan berlaku kerana mereka tersebar di seluruh negara.

Tetapi disebabkan mereka cenderung tinggal dalam persekitaran yang sangat kebandaran dan lebih terdedah kepada idea alternatif, pengundi ini lebih kritikal berbanding rakan-rakan mereka yang tinggal dan bekerja di Kelantan.

“Sukar untuk menentukan siapa yang akan berjaya menawan mereka. Tetapi mereka biasanya mengundi dalam satu blok. Oleh itu, gabungan yang berjaya memenangi keyakinan mereka akan mendapat rangsangan besar dalam PRU14.”

– https://www.themalaysianinsight.com

.