PENGIKUT PALSU NAJIB….

Semalam Najib Razak melahirkan rasa bangga kerana pengikutnya di laman Twitter sudah mencecah seramai 3.2 juta orang.
“Alhamdulillah, jumlah follower Twitter saya kini 3.2 juta. Terima kasih semua yang bersama saya di sini, Insya Allah kita akan terus berhubung,” kata Najib dalam tulisannya itu.
Bagaimanapun, jika diperiksa melalui laman Twitteraudit.com, didapati hampir 2 juta pengikut Najib itu adalah terdiri daripada akaun-akaun palsu.
Hanya sejuta lebih sikit saja pengikutnya terdiri daripada pemilik akaun tulen.
Maka, kenapa Najib perlu bangga?
Bagaimana pula di dunia nyata?
Di kalangan pimpinan dan ahli UMNO, kakitangan kerajaan atau di antara 31 juta rakyat Malaysia, berapa ramai pula sebenarnya yang sedang menampakkan diri mereka sebagai pengikut palsu kepada Najib?

Jeng jeng jeng….

– shahbudindotcom.blogspot.my

.