PENGANALISIS: LEPAS SEKAT MEDIA, PAYAH NAK PERCAYA MAHATHIR

KUALA LUMPUR. Tun Dr Mahathir Muhammad deliver his speech during Parti Pribumi Bersatu Malaysia first Anuual General Assembly at Ideal Convention Center, Shah Alam on 30 Disember 2017. MALAYMAIL/Azneal Ishak.

KUALA LUMPUR – Janji Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membebaskan media dan hak kebebasan bersuara menimbulkan rasa was-was.

Pemerhati politik berpendapat bekas perdana menteri itu bertanggungjawab menutup tiga akhbar semasa Ops Lalang 1987.

Malah, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menghalang liputan sesi debat perwakilan pada mesyuarat agung Sabtu minggu lalu.

“Kebebasan bersuara jenis apa? Dia kata media akan putar belit apa saja yang dibahaskan, tetapi Perhimpunan Agung Umno terbuka untuk liputan.

“Dari situ anda boleh simpulkan (Dr) Mahathir cakap lain tapi buat lain,” kata pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Jeniri Amir kepada Malay Mail.

“Rekodnya dicemari pelbagai skandal. Tiada kebebasan media ketika beliau memerintah apabila pelbagai undang-undang dipinda termasuk Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 untuk mengukuhkan kedudukannya.”

Penganalisis politik independan Lim Teck Ghee dan penganalisis dari Universiti Sains Malaysia (USM) P Sivamurugan juga berpandangan sama.

– Malay Mail

.