‘PENGAKUAN 1MDB GAGAL BUKAN NOKTAH, NAJIB’

Pengakuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa terdapat kegagalan dan kelemahan dalam tadbir urus berkaitan 1MDB bukan pengakhiran kepada skandal itu, kata PKR.

Sebaliknya, menurut setiausaha agung parti itu Datuk Saifuddin Nasution Ismail, ia menimbulkan persoalan baru setelah dahulunya di dicanang-canang sebagai menjana keuntungan dan memberi kebaikan kepada negara,

“Dalam pada masa yang sama, Najib jangan ingat dengan pengakuan tersebut akan memberi titik noktah kepada skandal terbesar negara dan seterusnya dapat membersihkan semua yang telah dilakukan di dalam 1MDB kerana ianya sudah terlambat,” katanya.

Datuk Seri Najib Razak kelmari sekali lagi mengakui ada kegagalan dan kelemahan dalam tadbir urus berkaitan dengan 1MDB tetapi mendakwa beberapa pihak yang mahu mensabotaj ekonomi negara demi kepentingan politik cuba memperbesar-besarkan isu itu.

– M’kini

.