PENDEDAHAN BAHARU SKANDAL 1MDB TIDAK UBAH APA-APA, KATA PEMERHATI

KENYATAAN pendakwa raya Singapura yang ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho ialah individu utama dalam siasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mungkin tidak akan menjejaskan apa-apa di sini, kata wakil rakyat dan penganalisis politik.

Mereka berkata pentadbiran dalam kerajaan pemerintah akan berjalan seperti biasa, sementara penemuan pendakwa raya Singapura itu hanya memberi impak kecil pada pandangan masyarakat terhadap institusi Malaysia kerana keyakinan mereka sudah sedia rendah.

Ahli Parlimen Kluang daripada DAP Liew Chin Tong berkata kebanyakan pemimpin parti pemerintah akan terus tidak mengendahkan prosiding 1MDB di Singapura, sama seperti apa yang dilakukan terhadap tuntutan saman difailkan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS).

“Mereka seperti Alice in Wonderland. Sekurang-kurangnya, Najib begitulah,” katanya merujuk kepada Perdana Menteri Najib Razak.

Semalam, mahkamah di Singapura diberitahu Low menerima sejumlah besar wang daripada syarikat pelaburan negara itu.

“Mangsa utama dalam kes ini ialah 1MDB,” kata pendakwa raya Nathaniel Khng dipetik daripada Bloomberg.

“Jho Low kini hilang daripada pandangan masyarakat.”

Menurut dokumen mahkamah di Singapura, kira-kira AS$1 bilion (RM4.3 bilion) yang sepatutnya dilaburkan 1MDB dalam kerjasama dengan PetroSaudi International Ltd, sebaliknya dialihkan ke akaun bank dimiliki secara benefisiari oleh Low.

Pada perbicaraan sama di mahkamah semalam, bekas pegawai bank Yeo Jiawei mengakui bersalah terhadap tuduhan pengubahan wang haram berkaitan dana yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.

Warga Singapura yang turut memberitahu mahkamah dia kawan kepada Low itu, dijatuhi hukuman penjara 54 bulan.

“Sama 1MDB mangsa Jho Low atau 1MDB ‘direka dan dibina’ olehnya dengan kelulusan Najib bagi tujuan pengubahan wang haram, faktanya kekal iaitu Jho Low melakukan banyak jenayah dan perlu pihak berkuasa Malaysia perlu menyiasatnya serta-merta,” kata Liew.

Pakar ekonomi politik Andrew Aeria apa yang berlaku di Singapura tidak mungkin menyebabkan keyakinan masyarakat dalam institusi Malaysia jatuh lagi daripada keadaan sedia ada, kerana institusi berkenaan sudah pun dianggap sebagai alat kerajaan.

“Mereka berkhidmat untuk kepentingan peribadi dan keluarga ahli politik, bukannya masyarakat. Akibatnya, kedaulatan undang-undang turut terpesong berkhidmat kepada kepentingan politik individu tertentu.”

Andrew yang juga profesor madya di Universiti Malaysia Sarawak berkata apa juga respons kerajaan akan hanya bertujuan mempertahankan status quo.

“Tidak mengejutkan melihat pegawai kerajaan mempertahankan ahli politik, memberikan alasan lemah untuk kelebihan politik, berbanding mempertahankan kepentingan masyarakat.

Liew Najib mengatakan di sebalik “kesilapan” 1MDB, syarikat pelaburan negara itu turut melakukan perkara yang baik.

Najib pada Selasa berkata demikian selepas menyampaikan surat tawaran kepada 1,100 pemimpin masyarakat untuk menunaikan ibadat haji tahun ini menggunakan dana daripada 1MDB.

– https://www.themalaysianinsight.com

.