Husam Musa

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pengumuman oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengenai pemilihan Husam adalah satu pengiktirafan dan penghormatan yang besar.

Beliau berkata, pemilihan Husam itu juga jelas menunjukkan bahawa DAP mempunyai kuasa untuk menentukan siapa pemimpin di negeri ini manakala parti lain seperti PAN dan PPBM hanya ‘pak turut’.

“Kami Pemuda Pas Kelantan merakamkan ucapan ‘tahniah’ kepada Husam kerana bakal dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan kerana bukan mudah untuk mendapat pengiktirafan daripada pemimpin agung itu sekali gus penghormatan daripada DAP.

“Jarang anak Melayu menerima pengiktirafan seperti ini,” katanya ketika ditemui dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir di sini hari ini.

Dalam ceramah Pakatan Harapan di Dewan Perniagaan Cina di sini baru-baru ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah menamakan Husam sebagai Menteri Besar jika pakatan itu menang dalam PRU-14.

Ahmad Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli Shaari

Ahmad Fadhli berkata, agak mustahil untuk Husam menjadi Menteri Besar di negeri ini kerana rakyat sudah membuat keputusan untuk menolak pemimpin atau mana-mana pihak yang bersekutu dengan DAP.

Katanya, malah pengumuman Kit Siang itu bertambah sukar untuk direalisasikan kerana Husam dikatakan ditolak oleh Istana Kelantan untuk dilantik dalam kerajaan negeri sebelum ini.

“Secara logiknya agak mustahil untuk Husam dilantik menjadi Menteri Besar sekiranya PAN berjaya memerintah negeri ini.

“Bagi saya, pengumuman yang dibuat oleh Kit Siang ini akan menoktahkan karier Husam dalam politik Kelantan kerana rakyat negeri ini jelas menolak kepemimpinan DAP,” katanya.

  • UTUSAN
  • .