PEMUDA AMANAH TERBUKA KEPUTUSAN KERUSI

KOTA BHARU – Pemuda Amanah Negeri terbuka dan menerima keputusan Pakatan Harapan yang memberikan parti itu 27 kerusi parlimen pada PRU14 akan datang.

Ketuanya, Hazmi Hassan berkata, walaupun diakui ada di antara mereka mungkin tidak berpuas hati dengan keputusan itu, namun baginya, ia adalah satu proses biasa dalam menentukan yang terbaik bagi berdepan pihak lawan nanti.

“Secara keseluruhannya, saya gembira dengan keputusan yang dibuat. Apa pun, semuanya sudah selesai dan kini kita mula bekerja untuk capai kejayaan yang diidamkan,”katanya kepada Sinar Harian di sini.

Menurutnya, pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri juga satu keputusan yang tepat dan yakin pemimpin berpengalaman itu mampu mengemudi negara dengan baik.

Malah beliau juga optimis Mahathir mempunyai strategi yang baik untuk mengalahkan Umno kali ini, dan tidak keterlaluan jika dikatakan ada di antara pihak lawan yang mula ‘kecut perut’ dengan pemilihan itu.

– http://www.sinarharian.com.my

.