PEMIMPIN UMNO SABAH NAFI PEMIMPIN PARTI TIDAK TURUN PADANG

ABDUL Rahman Dahlan hari ini menafikan beliau dan pemimpin Umno lain tidak turun padang ketika bencana banjir melanda Kota Belud, dan berkata pihaknya turun padang membantu mangsa banjir sejak bencana itu melanda.

“Saya telah arahkan orang saya untuk turun padang dan saya selalu berhubung dengan Pegawai Daerah.

“Saya telah arahkan mereka untuk sediakan bantuan yang diperlukan, walaupun wang ringgit, untuk memastikan semua orang kekal selamat,” kata ahli Parlimen Kota Belud itu.

“Walaupun kami mengalu-alukan bantuan daripada pihak lain, namun bagi Christina Liew untuk menuduh kita (kerana tidak turun padang) adalah tidak masuk akal.

“Saya boleh berada di Kota Belud, namun saya sibuk mewakili Malaysia dalam majlis yang membabitkan beberapa projek besar di Singapura ketika itu,” tambahnya.

Rahman turut menyindir tentang bot gentian kaca yang disediakan oleh Liew, yang merupakan pengerusi Pakatan Harapan, dan berkata bukan sahaja bot itu hanya mampu memuatkan dua orang, Jabatan Bomba dan Penyelamat turut mempersoalkan keselamatannya.

“Sangat mudah untuk bot itu terbalik,” katanya.

Liew menyelar tiga pemimpin Umno Kota Belud, Rahman, Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Said Keruak dan Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kerana tidak melawat kawasan mereka ketika diperlukan.

Lebih 1,800 penduduk dari 20 buah kampung di Kota Belud terpaksa dipindahkan di enam pusat penempatan sementara selama empat hari awal minggu ini berikutan banjir.

Bencana itu merupakan yang paling teruk melanda Kota Belud sejak beberapa tahun lalu.

Namun ketiga-tiga pemimpin terbabit adir pada taklimat banjir hari ini yang diadakan di Pejabat Daerah Kota Belud.

Rahman yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, situasi banjir di daerah itu tidak dapat dielakkan kerana struktur tanah berubah berikutan gempa bumi pada Jun 2015.

Katanya, sungai di kawasan berkenaan musnah dan hujan lebat beberapa minit mampu menyebabkan banjir kilat.

Menurutnya, ia tidak seperti banjir di Pulau Pinang yang disebabkan oleh pembangunan yang berlebihan.

“Tahun ini sahaja, pejabat daerah merekodkan 70 insiden banjir dan enam daripada mereka banjir teruk yang membabitkan pemindahan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan telah memperuntukkan RM27 juta untuk menjalankan projek tebatan banjir jaangka endek di Sungai Gurong-guring dan RM140 juta untuk penyelesaikan jangka masa panjang.

“Daripada RM140 juta, RM50 juta dibajetkan untuk tebatan banjir Sungai Kadamaian dan RM90 juta lagi akan dibawa ke 2018 dan seterusnya.

“Saya sudah mengarahkan pegawai daerah untuk mengadakan lawatan ke pejabat Unit Perancang Ekonomi (EPU) bulan depan untuk memberi taklimat berhubung masalah itu. Harapan kami agar projek itu boleh disiapkan dalam tempoh empat tahun akan datang dan mampu menyelesaikan banjir,” katanya.

Beliau berkata, malangnya penduduk Kota Belud perlu bersiap sedia untuk berdepan dengan masalah banjir pada masa hadapan sehingga ke semua projek berkenaan siap.

–¬†https://www.themalaysianinsight.com

.