PEMIMPIN UMNO MELAKA BELUM DIDAKWA

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat kebenaran Mahkamah Majistret Putrajaya untuk menahan reman seorang pengarah kanan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim).

Perintah reman selama lima hari bermula hari ini dikeluarkan Majistret Nik Isfahani Tasnim Wan Abdul Rahman.

Lelaki berusia 47 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan membabitkan kesalahan pecah amanah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Dia ditahan semalam di pejabat SPRM Putrajaya kira-kira jam 5 petang, selepas dipanggil memberi keterangan semalam.

– SH

.