PEMIMPIN TERTINGGI KENA SELESAI KRISIS KOREA UTARA

KOTA BHARU – Gabungan Armada Kelantan menyeru supaya pimpinan kerajaan pusat mahupun persekutuan membawa usul pergolakan dan soal keselamatan negara melibatkan krisis Korea Utara dengan lebih serius bagi menyelesaikan isu bergolak terbabit.

Wakil pertubuhannya, Asran Alias berkata, perkara ini perlu dibincangkan dengan penyelesaian yang terbaik memandangkan ia melibatkan isu nasional dan membimbangkan seluruh rakyat Malaysia pada waktu ini.
“Krisis ekonomi negara yang melanda juga turut diburukkan lagi lagi dengan keadaan keselamatan negara kita yang kini menjadi sasaran pihak luar.

“Oleh itu, kami menyeru agar Ahli Parlimen membawa usul khas bagi membincangkan perkara ini dengan sebaik mungkin,”katanya.

Beliau berkata, isu utama yang perlu dibangkitkan adalah berkaitan dengan hubungan diplomatik dengan Korea Utara.

“Di samping itu, isu keselamatan rakyat Malaysia dan kedutaan di Korea Utara juga perlu diutamakan.

“Perkara ini perlu dibincangkan di Parlimen supaya hasrat ini tidak dilihat memberi kesan kepada isu keselamatan dan ekonomi terutama berkaitan dengan penguasaan di Laut China Selatan dan Sabah,” katanya.

Beliau berkata, isu ini amat serius, dalam masa yang sama tuntutan Pulau Batu Puteh dan Pulau Spartly di Singapura masih lagi belum selesai.

“Isu ini sangat serius kerana melibatkan beberapa kuasa besar dalam penempatan kekuasaan dalam ekonomi dan suasana politik semasa.

“Pihak kami menolak sebarang usaha untuk menjadikan negara yang kami cintai ini sebagai kambing hitam kepada kuasa-kuasa besar,”katanya.

– SH

.