PEMIMPIN BN KE PENJARA JIKA HARAPAN MENANG?

BALING – Penjarakan pemimpin-pemimpin kerajaan diterajui BN yang terlibat dengan salah laku.

Itu tindakan yang akan diambil oleh Pakatan Harapan (Harapan) sejurus berjaya mengambil alih pentadbiran negara.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, hukuman itu penting bagi menjaga imej negara yang kini semakin rosak.

“Kita kena buat untuk bersihkan negara, bukan sekadar untuk jaga imej tetapi kita nak berkat daripada ALLAH SWT.

“Jika kita sendiri lakukan rasuah, ataupun mengiyakannya, ataupun langsung tidak bertindak dengan kemungkaran depan mata, maka ia akan undang bala ALLAH SWT. Tiada siapa boleh terkecuali, semua akan kena,” katanya pada program Sarapan bersama Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir di Kampung Jernang, di sini hari ini.

Beliau berkata, beberapa perkara di luar jangkaan telah dihadapi negara.

“Bala yang macam mana? Kapal terbang jatuh dan hilang, banjir besar, kemarau, gempa bumi di Malaysia siapa pernah dengar?  Dah pun berlaku di Sabah, sampai Gunung Kinabalu pun dah runtuh.

“Sabah juga diserang tentera asing, semuanya hari ini berlaku di negara kita,” katanya.

– www.sinarharian.com.m

.