PEMBAYARAN IPIC: 1MDB NAFI PENGLIBATAN CHINA

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menafikan penglibatan China dalam pertikaian pembayaran dengan firma berpangkalan di Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC).

Pengerusi 1MDB, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah yang juga Ketua Setiausaha Perbendaharaan berkata, beliau tidak pernah dihubungi mengenai bantuan China dalam pembayaran berkenaan.

“Tiada siapa yang bercakap dengan saya. Tiada siapa yang bercakap dengan pihak China,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Komuniti Keusahawanan¬† Global 2016 di sini, hari ini.

Semalam, sebuah penerbitan kewangan melaporkan China akan membantu 1MDB dalam membuat bayaran balik kepada IPIC, yang melibatkan pertikaian US$6.5 bilion antara 1MDB dan dana milik kerajaan Abu Dhabi itu. – Bernama

.