Pembantu Rosmah: RM85 juta bukan untuk PERMATA saja

Peruntukan RM85 juta untuk Program Permata Negara bukan untuk perbelanjaan mengurus program pendidikan awal kanak-kanak itu sahaja, kata pembantu isteri perdana menteri Rizal Mansor.

Menyifatkan pembangkang sengaja tidak menjelaskannya, Rizal berkata peruntukan itu termasuk untuk penubuhan Pusat Kecemerlangan “Top STEM talent” di Akademi Sains Negara.

Selain itu, kos itu juga termasuk kerja ubah suai untuk menjadikan Institut Pendidikan Guru Raja Melewar di Negeri Sembilan dan Kampus Tuanku Bainum di Pulau Pinang kepada Pusat PERMATA Pintar dan Berbakat.

“Andai kata semua kos-kos di atas adalah untuk PERMATA sepenuhnya, adakah RM85 juta setahun untuk pendidikan 50,000 kanak-kanak warga Malaysia yang merupakan modal insan dan menjadi teras masa depan pembangunan negara dianggap melampau?

“Secara purata kanak-kanak ini cuma mendapat peruntukan RM1,700 setahun,” soal Rizal sambil mempersoalkan sumbangan pembangkang untuk pembangunan insan.

MKINI

.