PEMBANTU ROSMAH: CUKUPLAH PEMBANGKANG PERGUNAKAN ARTIS

Pembantu khas kepada isteri perdana menteri Datuk Rizal Mansor Rizal Mansor menasihatkan golongan artis agar jangan dipergunakan parti-parti pembangkang.

“Kepada para artis pula, cukup-cukuplah dipergunakan pembangkang untuk meraih undi,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada penyanyi Aishah kerana telah berjaya membuat ‘come back’ ke arena persada seni negara.

Aishah merupakan anggota AMANAH dan aktif bersama pergerakan wanita parti itu menewaskan empat peserta Gegar Vaganza lain, iaitu Liza Hanim, Hazami, Tia Jinbara, Lan dan Firman Siagian.

Penglibatan Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin dalam politik bermula pada 2012 selepas menyertai PAS sebelum bertanding sebagai calon Parlimen Jempol pada PRU 2013 menentang bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad.

Pada 2015, Aishah bersama-sama ramai lagi ahli PAS berhijrah ke AMANAH, susulan perpecahan dalaman parti itu.

Dalam kenyataan hari ini juga, Rizal Mansor turut menyelar pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) dan menyifatkan parti itu dalam keadaan terdesak.

Ini susulan kenyataan pengarah komunikasi AMANAH Khalid Samad yang berkata kemenangan penyanyi Aishah dalam program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) akan membantu parti itu terutama menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14)

“Tak kisahlah sama ada menjadi liabiliti atau aset kepada AMANAH, harap badut-badut politik dari AMANAH tidak menggunakan populariti artis untuk meraih perhatian dari rakyat atau untuk menarik pengundi muda.

Apakah dengan terus menjadikan artis sebagai ayam tambatan mereka boleh membantu menyelesaikan masalah rakyat, boleh ringankan beban yang AMANAH dakwa ditanggung oleh rakyat selama ini,” kata Rizal Mansor dalam hantarannya di halaman Facebooknya hari ini.

“Rakyat tidak bodoh untuk memberikan undi kepada pembangkang hanya kerana dapat mengheret artis ke pentas ceramah kamu atau kancah politik.

“Rakyat hadir ke ceramah kamu untuk dengar apa mereka boleh dapat jika mengundi kamu, bukan untuk berasa terhibur, mendengar kelunakan suara artis atau semata-mata mahu mendapatkan autograf artis.

“AMANAH terlalu terdesak untuk meraih populariti dengan menggunakan artis yang menjadi ahli AMANAH,” katanya lagi.

– M’kini

.