PEMBANTU ISTERI PM PERCAYA NABI ADA AKAUN RM2.6 BILLION?

Pembantu isteri perdana menteri Rizal Mansor mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad“memperlekehkan”Nabi Muhammad bila menyatakan Nabi tidakmempunyai akaun RM 2.6 Billionseperti PM Najib.

Menurut Rizal “Ramai juga kawan-kawan yang terkejut dengan kenyataan itu yang dibuatnya semalam”.

Jadi artinya Rizal percaya bahawa Nabi mempunyai akaun sebenar RM2.6 Billion dan mengatakan Nabi tidak ada akaun sebesar itu adalah memperlekeh Nabi.

Inilah fahaman semua orang yang membaca kenyataan Rizal yang tersiar di Malaysiakini hari ini.
Mahathir dalam sidang media di kongres tahunan DAP semalam berkata pemimpin Umno seolah-olah menyamakan perdana menteri dengan Nabi apabila mendakwa bahawa Najib insan terpileh oleh Allah.
“Macam Nabilah” kata Mahathir “sedangkan nabi tak ada akaun RM 2.6 Billion” kata Mahathir menyebabkan semua wartawan dan orang ramai rioh rendah ketawa besar.

Cuma yang terkejut dan bersedih hari ini hanyalah Rizal seorang sahaja sedang seluruh dunia telah ketawa ,sebabnya kerana dia kurang faham.Salleh Said Kruak dan Abdul Rahman Dahlan belum bersedih lagi.

– http://zamkata.blogspot.my/

.