PELANTIKAN HISHAMUDDIN SEBAGAI MENTERI TUGAS-TUGAS KHAS ISYARAT JELAS BUAT ZAHID?

Wah..dalam diam-diam Umno rupanya bergolak? Hari ini Najib Razak telah melantik sepupunya Hishamuddin Hussein menjadi Menteri Dengan Tuga-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri. Kebiasaanya porfolio ini bertanggungjawab khusus kepada perdana menteri.

Untuk apa dan kenapa pelantikan ini dibuat? Apakah ianya dalam proses Najib untuk menyalinkan kekuasaanya kepada Hishamuddin. Maka Hishmuddin perlu diletakkan di situ untuk melakukan apa yang patut?

Dalam Umno mungkin senyap dengan pelantikan itu tetapi di luar pasti riuh. Akan ada berbagai spekulasi mengenai hal ini. Orang Umno tidak berani untuk membuat apa-apa spekulasi dengan pelantikan ini walaupun ia memberi cabaran kepada Zahid Hamidi. Mereka yang digamkan mulut oleh Najib dengan wang ringgit, taubat tak berani bersuara.
Apakah pelantikan Hishamuddin itu menambahkan kedudukannya untuk dilihat seimbang dan sama penting dengan Zahid? Nampaknya begitulah.

Sebagai TPM Zahid dilihat berkedudukan hampir dengan Najib. Tetapi apabila Hishamuddin diletakakan di situ JPM, satu jabatan dengan Zahid maka kini ada dua orang paling hampir dengan Najib. Pastilah dilihat dari hubungan DNA, Hisamuddin lebih hampir dan “menjerap” ke tulang hitam kepada Najib.

Dalam tilikan dan makrifat saya pelantikan itu adalah klimeks kepada signal Najib untuk difahami oleh Zahid. Sebelum ini telah meletus cerita bagaimana di kalangan anak beranak Najib, mahukan Hishamuddin mengganti Najib bukannya Zahid. Khabarnya Rosmah Mansor adalah orang yang menentang apabila Najib memilih Zahid sebagai TPM dahulu.

Kepada Zahid buat apa lagi tunggu? Apakah dia mahu beredar selepas orang menutup pintu dan menghalaunya keluar. Lebih baik bertindak awal, berlalu sebelum orang melempar tikar bantal dan membuang kelambu kita. Adalah janggal kalau Zahid terus jadi TPM tatkala Hishamuddin sudah mengangkat sumpah menjadi perdana menteri ke 8 menggantikan Najib.

Zahid sukar nombor 8, tetapi kalau nombor itu sudah dirampas Hishamuddin maka beliau kena mencari nombor lain. Masakan Zahid rela untuk dipintas kali kedua kepada Hishamuddin?

Kita tunggu apakah komen Zahid dengan pelantikan ini. Bergetarkah suaranya dalam mengulasnya nanti. Yang pastinya pelantikan ini bukan sesuatu yang menyeronokkan Zahid, sebaliknya ia satu isyarat jelas beliau perlu bersiap sedia menghadapi kemungkinan mengucapkan selamat tingga kepada Putrajaya. Pelantikan menyebabkan Zahid tidak akan lelap tidur malam ini. Trims. (Amilan dari Facebook dengan sedikit suntingan).

http://msomelayu.blogspot.my/