PECAT PEGUAM NEGARA, TRUMP BELAJAR DENGAN SIAPA?

Antara yang dilaksanakan oleh Presiden baru AS, Donald Trump di awal kemasukannya ke Rumah Putih ialah mengeluarkan perintah sekatan kepada pendatang muslim daripada tujuh negara untuk memasuki negara itu.
Negara yang terbabit ialah Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman.
Bagaimanapun perintah larangan itu dibantah serta enggan didukung oleh Pemangku Peguam Negara, Sally Yates atas alasan peranannya ialah memastikan pendirian AS di mahkamah selari dengan tanggungjawab untuk “menegakkan keadilan dan mempertahankan apa yang benar”.
Sebagai tindak balas, Donald Trump dilaporkan telah memecat Sally Yates kerana tidak mempertahankan perintah eksekutifnya itu.
Sally Yates telah mengkhianati Jabatan Kehakiman dengan keengganan menguatkuasakan arahan perundangan yang bertujuan melindungi rakyat AS, demikian kata kenyataan yang dikeluarkan Rumah Putih.
Peguam Negara AS dipecat, sama macam Peguam Negara Malaysia sebelum ini.
Adakah Trump mempelajarinya daripada apa yang pernah berlaku di negara kita?

Tentu Najib senyum-senyum sendirian dengan berita ini sambil tidak sabar menunggu bilakah Presiden AS itu mahu mengajaknya bermain golf lagi?

–¬†http://shahbudindotcom.blogspot.my/

.