PATRIOT: AHLI POLITIK JAHAT ‘CIPTA’ PERBALAHAN GENERASI MUDA

KEINGINAN melihat semula Malaysia yang harmoni dan merayakan perbezaan kaum dan agama, mendorong sekumpulan bekas tentera dan polis berbilang kaum menubuhkan Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot).
Berbekalkan kepercayaan selagi perpaduan, keselamatan dan keharmonian negara dan rakyat tidak terpelihara, Malaysia tidak mungkin akan mengecapi kesejahteraan, keamanan dan kebahagiaan, mereka sanggup ke hadapan.
Presiden Patriot Brig. Jen (Bersara) Mohd Arshad Raji berkata, keharmonian Malaysia sebagai negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama “hampir dirosakkan” oleh segelintir ahli-ahli politik yang hanya mementingkan kuasa.
Arshad berkata, generasi beliau dibesarkan untuk melihat lebih daripada soal kaum dan agama, sambil menambah ia adalah ahli politik “jahat” yang mencipta perbalahan di kalangan generasi muda.
“Orang politik yang rosakkan semua ini. Orang politik yang buat kerja ini. Kita semua adalah rakyat Malaysia,” katanya dalam temubual bersama The Malaysian Insight.
“Kita kena ajar dia orang. Kita kena tunjukkan budaya yang baik dan semangat sayangkan negara kerana kita adalah ‘bangsa Malaysia’.”
Arshad juga mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang Patriot akan terus menyokong Dr Mahathir Mohamad selepas ia mendedahkan kerajaan menghentikan pasukan keselamatan peribadi bekas perdana menteri itu.
“Pada saya, semua ini dilakukan disebabkan politik. Tak tahulah sama ada ia bertujuan untuk lemahkan semangat Dr Mahathir, tak tahulah kan. Very obvious,” katanya.
Kumpulan ini terdiri daripada 25 pemegang jawatan dan kira-kira 100 ahli.
Para pemegang jawatan adalah Mohamad Arshad, Maj Mior Rosli Mior Jaffar, Kapten Kung Boon Chin, Laksamana Mior Rosdi, Lt Kol Fabian Wong, Kol Kamal Omar, Kapten Zainuddin Che Din, DSP Mior Roslan Mior Jaffar, Mejar Baldev Singh, Kol Anthony Edgar Joseph , Lt Kol Yunus Ali, Kapten Dr Wong Ang Peng
 MALAYSIAN INSIGHT 8 NOVEMBER 2017
KEHARMONIAN PELAJAR BERBILANG KAUM SINGAPURA

Saya sangat teruja  melihat pelajar berbilang kaum dari beberapa buah Sekolah Nasional Singapura begaul bebas mesra dalam percutian sambil belajar di Langkawi  baru-baru ini untuk membantu mereka dalam mencari dan mengenali bahan-bahan dalam Kurikulum Bahasa Melayu. Jelas keriangan mereka menampakan keharmonian dan keyakinan diri tanpa  bahasa menjadi  pemisah antara mereka View Tweet activityRombongan ini diketuai oleh Sazali bin Sahri Pegawai Kanan Pembangunan Bahan Kurikulum Bahasa Malayu Cawangan Bahasa Ibunda Kementerian Pendidikan Singapura.Melihat kepada kecerian pergaulan  mereka , saya dapat melihat masa depan politik Singapura yang akan terus subur diatas fahaman politik yang melampaui batas  kaum dan keagamaan yang tidak mungkin akan dapat dicapai oleh Malaysia dalam jangka masa yang pendek.Malaysia  akan terus bergolak dengan isu perkauman terutama kerana mempunyai parti politik agama sementara Singapura terus  membina kesetabilan politik tanpa anasir politik jahat yang  lebih mementingkan kepentingan diri dari integriti negara.

14 hours ago

Mormelihat keharmonian antara pelajar berbilang kaum dari Spore yang bercuti sambil belajar di Langkawi.Kita terpisah kerna Bahasa.

14 hours ago

More
Bersama pelajar2 berbilang kaum dari sekolah-sekolah nasional Singapura yang bercuti sambil belajar di Langkawi diketuai oleh Sazali Sahri( kiri sekali)

– http://zamkata.blogspot.my/

.

  1.