PAS TAK HALANG ‘NAFSU BESAR’ AMANAH

SHAH ALAM – Pas tidak menghalang niat Amanah sekiranya parti itu mahu meletakkan calon pada setiap kerusi yang ditandingi Pas pada PRU14.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, matlamat Amanah bukan semata-mata mahu menewaskan Umno tetapi pada masa sama ingin menjatuhkan Pas.

“Terpulang kepada Amanah untuk meletakkan calon untuk bertanding di setiap kerusi yang ditandingi calon-calon Pas.

“Kita mengamalkan sistem demokrasi, Tiada siapa boleh menghalang nafsu besar mereka,” katanya, semalam.

Kelmarin, Pengarah Strategi Pilihanraya Amanah, Dr Hatta Ramli ketika Konvensyen Nasional Amanah berkata, parti itu akan meletakkan calon di setiap kerusi yang dipertandingkan Pas namun tidak akan menyentuh mana-mana kerusi yang meletakkan calon PKR dan DAP.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, Amanah kononnya memperjuangkan satu lawan satu, namun apa yang mereka lakukan adalah berlawanan daripada apa yang disuarakan sebelum ini.

“Apa yang nyata, mereka (Amanah) bukan mahu mengalahkan Umno dan BN, tetapi mahu mengalahkan Pas,” katanya.

– http://www.sinarharian.com.my/

.