PAS PATUT TINGGAL DI PLANET MARIKH, KATA AMANAH

SHAH ALAM – Pas mungkin lebih sesuai tinggal dan memerintah planet Marikh atau bulan, kata Amanah.

Ini kerana menurut Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad, Pas mempunyai sikap luar biasa yang sukar diterima oleh masyarakat.

“Tak masuk berbincang tapi nak tetapkan org lain tanding mana. Sikap luar biasa ini. Mungkin sesuai di planet Marikh atau orang atas bulan. Kecuali ia wahyu dari ALLAH!

“Tu sebab dari dulu kita jemput bersama berbincang. Tak nak bersama. Tak nak berbincang. Maka tiga penjuru adalah atas keenganan berbincang Pas itu sendiri,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Pas hari ini mengarahkan Pakatan Harapan supaya jangan masuk bertanding di 80 kerusi pilihannya pada PRU14 akan datang.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ia bagi mengelakkan berlakunya pertembungan tiga penjuru ketika Pas menentang Umno.

– SH