PAS P PINANG: BAGAIMANA PULA PELUKAN DENGAN ZAHID

Selepas dilabel ‘sesat’, PAS Pulau Piang menempelak setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dan mempersoalkan hubungan beliau dengan BN.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff memberi contoh panggilan telefon kecemasan ketua menteri itu kepada timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika negeri itu dilanda banjir November lalu.

“Seingat saya, beliau menangis merayu bantuan dari Zahid pada hari itu? Bila Zahid datang, beliau peluk dia, seolah-olah menunjukkan betapa baiknya hubungan mereka,” kata Muhammad Fauzi Yusof sebagaimana dipetik laporanĀ New Straits Times.

Dalam laporan itu, Fauzi menyindir Guan Eng agar melihat dirinya terlebih dahulu sebelum memanggil orang lain ‘sesat’.

Pada November tahun lalu, Lim menghubungi Zahid bagi memohon bantuan mangsa banjir di negeri itu.

Awal hari ini, setiausaha agung DAP itu mengkritik PAS berkata keputusan anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar keluar parti itu kerana ia telah sesat daripada perjuangannya dan sekarang bekerjasama dengan BN.

Kenyataan Lim susulan perutusan Tahun Baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyelar kelakuan pembangkang persekutuan dan membandingkannya dengan presiden PAS yang disifatkan beliau sebagai ‘lebih baik caranya’.

Manakala itu, Fauzi berkata tindakan Mahfuz keluar parti itu bukan suatu kehilangan buat PAS.

– M’kini

.