PAS MASIH KELIRU, KATA MAHATHIR

SHAH ALAM – Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Pas berada dalam keadaan yang keliru apabila menolak untuk bekerjasama dengan DAP dan Amanah.

Beliau berkata, sedangkan di Selangor dua parti tersebut juga merupakan sebahagian daripada kerajaan negeri.

“Pas mungkin keliru tapi mereka perlu buat keputusan sama ada ingin bersendirian, bersama Umno atau dengan Pakatan Harapan,” katanya di Konvensyen Nasional Amanah 2016, di sini, hari ini.

Tambah beliau, mana-mana pihak yang mewujudkan pertembungan tiga penjuru dalam PRU14 akan dianggap sebagai menyokong Umno-BN.

Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata Pas tidak akan menjalinkan hubungan dengan Bersatu sekiranya parti itu bergabung menyertai Pakatan Harapan.

Menurut Takiyuddin, pra syarat Pas adalah tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah.

SINAR HARIAN

.