PAS MAHU SATU LAWAN SATU DENGAN BN DI 80 KAWASAN

Walapun pun lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia cuba menggambarkan kerjasama Pas UMNO untuk hadapi Pilihanraya Parlimen ke 14 tetapi ini hanyalah indah kabar dari rupa.

Kenyataan Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta izin kepada Pakatan Harapan supaya membenarkan hanya Pas bertanding di 80 kawasan Parlimen sudah cukup menggambarkan keadaan sebenar.

Hubungan Pas dan UMNO hanyalah antara Presiden Najib dan Presiden Hadi tetapi tidak diakar umbi yang sedar bahawa kedudukan Najib berada di hujung tanduk dan telah tiba masa yang ditunggu oleh Pas sejak sebelum merdeka untuk mengakhiri kuasa UMNO. Penantian Pas untuk menjadi Perdana Menteri akan berakhir pada Pilihanraya ke 14.

Berasaskan kepada kajiannya,Pas sedar bahawa ia berada pada kedudukan yang lebih kuat dari UMNO di seluruh negara dan pergantungan parti-parti lain juga kepadanya kearah menggulingkan kerajaan BN.

Maka itu Tuan Ibrahim dengan lantang dan tegas meminta parti-parti pembangkang lainnya tidak melawan Pas di 80 kawasan Parlimen yang berarti Pas mahu hanya ia diberi peluang untuk satu lawan satu dengan BN. Pakatan Harapan bolehlah bertanding di kawasan yang berbaki dan menubuhkan kerajaan bersama PAS.

Tuan Ibrahim memberi amaran jika Pas dicabar di 80 kawasan itu maka ia akan lawan sekalipun PKR atau Amanah apatahlagi DAP. Tetapi bagaimana jika Pas di cabar UMNO(BN)?

Walaupun ada yang berpendapat cabaran ini bersifat takbur kerana dulu pun Pas tidak boleh menang di 80 kawasan tetapi harus diingatkan suasana politik sudah jauh berbeza, kehilangan keyakinan rakyat kepada kepimpinan Najib semakin parah.

Pas sedar bahawa apa juga serangan kerajaan Najib kepada bekas Perdana Menteri Tun Mahathir menguntungkan Pas dan memburukan lagi kedudukan UMNO terutama di kalangan rakyat di luar bandar kerana kesulitan hidup yang mereka hadapi sekarang yang tidak dirasakan di zaman Mahathir.

Maka itu walaupun Mahathir telah membuat kenyataan keras dalam soal hubungan dengan Pas tetapi Tuan Ibrahim masih membuka pintu rudingan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang di pengerusikan oleh Mahathir malah dalam kenyataannya beliau berkata “kami menunggu kestabilan parti Bersatu dan pintu rundingan masih terbuka”.

UMNO yang pada pandangan umum melukut diteping gantang kepada Pas lebih banyak mengalami kerugian politik dalam hubungan dengan Pas sekarang. Umpamanya kehilangan sokongan bukan Melayu kerana memenuhi kehendak Pas untuk pindaan Akta 355 dan membenarkan pendakwah India Zakir Naik campurtangan dalam masalah sosial dan agama di negara ini.

Disamping itu UMMO Kelantan menghadapi masaalah tidak boleh meyerang Pas kerana dasar tersembunyi hendak berbaik2 dengan Pas sedangkan Pas terus menyerang kubu-kubu UMNO di negeri itu.

Tidak nampak kejujuran dalam hubungan Pas dengan UMNO sebaliknya apa yang berlaku ialah “Pas menggunting dalam lipatan, pepat di luar rencong di dalam.”

http://zamkata.blogspot.my