PANDUAN POLITIK PRATIKAL UNTUK MUSLIM

Kita orang Muslim diajar jangan jadi hamba kepada konvensyen. Apa yang konvensyenal tidak semesti betul dan baik. Perkara yang dilakukan sebagai kebiasaan tidak semesti baik. Peranan kita sebagai Muslim ialah sentiasa menyoal. Betul kah ini? Betulkah ini? Mengapa? Bila? Apa? bagaimana? Siapa? Dimana?Dan sekarang , ada satu lagi- berapa?

Saya anggap ini sebagai perintah yang amat signifiken. Penting dijadikan pedoman harian supaya kita jangan tertipu dan dipasung oleh pembohongan.

Jika Najib ‘explain’ sesuatu, jangan terima nya tanpa soal. Apa? 1MDB. Dimana? Diserata bank2 dimuka bumi. Siapa? Jho Low, Tarek Obaid, Shahrol Helmi, Najib Razak, Casey Tang, Jasmine Loo dan lain2. Bila? Sejak tahun 2009. Apa- Pencurian wang 1MDB. Dan sebagainya.

Dia berkata peneroka Felda dapat durian runtuh, sedang peneroka tidak sedar bahawa institusi yang meneduhkan mereka selama ini sudah dirogol dan dirompak. Tapi masih berdegil orang Felda mengatakan , semua nya baik sebab Najib kata Felda masih ok.Mana pergi duit hasil dari penyenaraian FGV? Berapa banyak sebetulnya diperolehi oleh KPF?

Masaalah orang Melayu ialah bagaimana senang nya mereka terpedaya. Ini fiil orang Melayu yang diamati oleh penjajah. Ia juga disedari oleh cendekiawan Melayu yang ada kesedaran politik yang tingggi.

Sementara bangsa kita kuat dengan agama Islam, mereka juga tebal dengan kepercayaan karut dan tahyul. Ini observasi Frank Swettenham. Pihak British tau bagaimana bermain dengan saikoloji orang Melayu.
Pendita Zaaba, pada tahun 1926, menulis bahawa masyarakat Melayu ini, orang tua2 nya terpasung dengan kepercayaan yang bodoh2 dan ketakutan yang bukan2 akan hantu syaitan, jin afrit , pelesit manjangan. Sampai hari ini, masyarakat Melayu suka dan asyik membaca komik dan majalah seram seperti mastika, misteri, alam ghaib dan lain2 lagi.

Maka apabila perkataan dan istilah hantu dan jembalang, digunakan, orang Melayu takut dan seram. Mereka diselubungi ketakutan yang tidak rasional. DAP seumpamanya, disebut sebagai hantu dan orang Melayu takut akan DAP. Jangan dekat dengan DAP-sebab hantu tu.

Dunia kita penuh dan ramai dengan DAP sebetulnya- yakni mereka yang Duduk Atas Pagar. Mereka hanya perlu membuang pasungan yang UMNO kenakan keatas minda mereka, dan memilih kerajaan yang baik. Selesai masaalah.

Mudahnya orang Melayu terpedaya hanya memerlukan orang seperti Najib untuk berkata jangan risau, setiap wang yang hilang dari 1MDB akan diganti. Beri dia masa untuk membetulkan kemungkaran tersebut.

Bagaimana bangsa kita boleh terima cakap yang membodohkan dan menghina minda seperti ini? Adakah ini bermaka bahawa kita boleh lakukan jenayah, tapi jika jenayah itu di perbaiki, maka jenayah itu akan hilang? Pencurian akan terbatal bila setiap sen dicuri dikembalikan? Pecah amanah ok, jika wang dikembalikan? Dan penjual agama akan membaca fatwa menjustifikasikan pencurian, maka semua akan bersih?

Inilah lojik pembodohan yang di dokong oleh orang Melayu. Ianya tidak OK.

Al Quran telah memberi amaran kepada kita mengenai orang licik seperti Najib mempemainkan orang dengan penuturan dan penceritaan nya mengenai dunia ini.

Lihat Quran 2: 204 dan 2:205. Tuhan memberi amaran mengenai mudah nya kita terpengaruh dengan orang yang petah bercerita dan menyusun kata2 sehingga mengasyikkan dan memukau kita. Sedangkan pada pihak kebenaran nya, orang seperti ini jahat. Bila dia membelakangkan kita, agenda dia ialah melakukan kerosakan dimuka bumi ini.

Segala nya kembali kepada pedoman hidup kita. Orang Melayu yang beragama Islam , pada fiil semula jadinya, mesti jadi orang yang unconventional- yakni secara sedar, berusaha membebaskan diri dari pasungan minda dan penjara spiritual. Jangan terima kebiasaan, amalan yang biasa itu sebagai kebenaran dan jika kepada yang spiritual sikit, jangan terima perkara yang konvensional dan biasa dilakukan itu sebagai tanda ketaqwaan.lihat Quran 2:177.

Perjuangan politisyen Islam ialah melindungi rakyat dari pasungan kebiasaan dan penganiayaan pemerintah. Dia membela semua mereka yang ditindas dan dizalimi.Tidak ada yang lebih zalim dari memasung dan memenjarai minda dan spiritual orang Melayu.

– sakmongkol.blogspot.my

.