PANDIKAR DIMINTA BAIKI SISTEM PARLIMEN

SHAH ALAM – Pakatan Harapan menggesa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar memperbaiki segera sistem Parlimen Malaysia.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah, langkah tersebut termasuk untuk bersidang sekurang-kurangnya 80 hari setahun, dan mewujudkan sistem jawatankuasa dasar Parlimen untuk meneliti rang undang-undang dan dasar-dasar.

“Tahun ini, iaitu 2017, Dewan Rakyat dijadualkan bersidang selama 57 hari sahaja.

Sedangkan Parlimen di Australia dan United Kingdom, sebagai rakan negara Komanwel, bersidang sekurang-kurangnya 150 hari setahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Difahamkan, sistem Parlimen Malaysia biasanya membenarkan rang undang-undang hanya dibentang di atas meja ahli-ahli Parlimen sehari atau dua hari sebelum diluluskan.

Parlimen Malaysia tidak ada sistem jawatankuasa dasar untuk menyemak dan membahas cadangan rang undang-undang daripada Eksekutif sebelum dibahas di Dewan utama oleh semua ahli.

Menyifatkan sistem yang ada kini sebagai sistem yang tidak munasabah, jelasnya, ahli-ahli parlimen sekarang tidak diberikan cukup masa untuk mengaji secara mendalam dan berunding dengan pihak-pihak berkaitan atau stakeholders.

“Ini seolah-olah mempermain-mainkan cara undang-undang digubal di negara ini. Untuk Parlimen berfungsi secara berkesan, sistem jawatankuasa amat diperlukan. Sultan Selangor memuji Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh, atas usaha beliau untuk mewajibkan Ketua Pembangkang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC).

“Ini selaras dengan amalan negara-negara Komanwel, dan ia bertujuan memastikan wujud keadilan dan keseimbangan. Dengan ini, PAC di Parlimen haruslah dipengerusikan oleh seorang ahli parlimen pembangkang,” katanya lagi.

– SH

.