PALING TINGGI, SELANGOR UMUM ‘BONUS RAYA’ DUA BULAN GAJI

A customer counts ringgit bills in denominations of 1, 50 and 100 at the service window of a money changer in Kuala Lumpur, 22 July 2005. The Malaysian ringgit was appreciating gradually in cautious trade 22 July after the Malaysian central bank responded to China's yuan revaluation by scrapping the dollar peg in favour of a managed float. AFP PHOTO/TENGKU BAHAR

SHAH ALAM – Selangor mengumumkan pemberian bantuan khas Aidilfitri paling tinggi tahun ini dengan jumlah dua bulan gaji.

Diumumkan menteri besar, pembayaran itu yang dibuat serentak pada 21 Jun ini akan memberi manfaat kepada 17,703 penjawat awam, lapor Kosmo!.

“Pembayaran keseluruhan bantuan khas Aidilfitri ini melibatkan peruntukan kira-kira RM63.3 juta,” kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di sini.

Tahun lalu, Selangor meluluskan bantuan khas kewangan satu setengah bulan gaji.

Minggu lepas, kerajaan Johor mengumumkan bantuan khas kewangan RM1,000 kepada lebih 19,000 penjawat awam demi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya.

Pulau Pinang pula mengumumkan bantuan sebanyak 0.75 bulan gaji atau minimum RM1,000 untuk 3,741 penjawat awam di negeri itu.

Sebanyak 0.5 bulan gaji diberikan kepada kakitangan yang tiada masalah disiplin. Sementara 0.25 lagi kepada mereka yang berprestasi.

Beberapa negeri seperti Kelantan dan Perak mengumumkan pemberian bonus RM500, jumlah yang sama diumumkan kerajaan persekutuan.

– Malay Mail

.