PAKATAN TAWAR JAWATAN TPM KEPADA SABAH, SARAWAK

PAKATAN Harapan berjanji untuk memberi jawatan timbalan perdana menteri dalam kerajaan persekutuan kepada Sabah dan Sarawak serta bahagian pendapatan yang lebih besar sekiranya pakatan itu berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Di bawah enam manifestonya, PH akan mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri untuk mewakili kedua-dua negeri itu.

Manifesto itu turut menjanjikan had penggal jawatan ketua menteri Sabah kepada dua penggal dan ketua menteri tidak boleh memegang apa-apa jawatan menteri kanan lain dalam masa yang sama.

Pada masa kini, ketua menteri daripada Barisan Nasional Musa Aman turut memegang jawatan menteri kewangan dalam kabinet Sabah. Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali turut menyelia portfolio kewangan dan ekonomi.

PH turut menawarkan Sabah dan Sarawak untuk meneruskan Borneonisasi dalam perkhidmatan awamnya.

Pembubaran kuasa meliputi bidang pendidikan, kesihatan, pengangkutan, pelancongan dan keselamatan sosial.

Manifesto PH Sabah dan Sarawak dilancarkan oleh presiden PH Dr Wan Azizah Wan Ismail di Kota Kinabalu hari ini.

PH turut berjanji untuk mengkaji semula dan mengambil tindakan terhadap laporan siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) 2012 berhubung pendatang asing tanpa izin dalam menangani isu kad pengenalan yang sekian lama berlarutan, dan juga membersihkan daftar pemilih negeri.

Manifesto itu turut berjanji untuk meningkatkan royalti petroleum Sabah daripada 5% kepada 20% dan memulangkan 50% kutipan hasil dari Sabah kembali kepada negeri itu.

Dalam bidang pendidikan, PH berkata ia akan memperkenalkan dan melaksanakan polisi pendidikan berasaskan identiti Sabah dan memberi keutamaan kepada bahasa Inggeris.

Pengerusi PH Sabah Christina Liew berkata, PH telah menyediakan tiga manifesto, dua daripadanya dikhaskan kepada Sabah dan Sarawak.

“Manifesto ini akan menjadi dasar manifesto PH Sabah dan akan diperhalusi lagi.

“Kita jangkakan untuk menjadikan manifesto ini lebih komprehensif apabila kerajaan mengumumkan pilihan raya,” katanya.

Antara yang hadir pada pelancaran itu ialah Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pemangku Pengerusi DAP Tan Kok Wai, Ketua DAP Sabah Stephen Wong dan Ketua Amanah Sabah Hamzah Abdullah.

Menurut Liew, PH Sabah juga akan mennyemak semula manifesto terdahulu dari 2008 dan 2013 dan mengubahnya untuk disesuaikan dengan permintaan terkini rakyat Sabah dan juga memformulasikan yang baharu.

–¬†https://www.themalaysianinsight.com

.