PAKATAN SIAP SEDIA HADAPI PRU14 DI BAWAH SEMPADAN BAHARU

KERAJAAN dijangka mengadakan sesi Parlimen khas bulan depan bagi meluluskan cadangan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Naib Presiden Pakatan Harapan (PH), Salahuddin Ayub.

“Kami percaya Barisan Nasional akan membubarkan Parlimen dan Dewan Negara selepas cadangan SPR diluluskan,” kata timbalan presiden Amanah itu hari ini.

Walaupun disebut-sebut dengan meluas bahawa ia tidak adil, persempadanan semula SPR bukan bermakna  cabaran PH terhenti di sini, kata Salahuddin.

” Apa yang kita perlukan ialah sokongan 10%-20% dari penyokong tegar Melayu atau Umno,” tambah beliau.

Salah satu kritikan atas cadangan persempadanan semula SPR ialah ia akan mewujudkan kerusi majoriti besar dalam kerusi dipegang pembangkang. Cadangan itu juga mewujudkan lebih banyak kerusi majoriti Melayu dan kurang kerusi campuran dengan mengalihkan pengundi.

Pada PRU13, BN menang 77 kerusi majoriti Melayu manakala Pakatan Rakyat menang 37. Dalam pertandingan kerusi campuran, BN menang 8 kerusi, manakala PR 21.

“Tapi kami tiada pilihan selain dari bersiap sedia bagi cadangan baharu ini,” kata Salahuddin ketika ditanya jika PH bersedia untuk kawasan persekutuan dan negeri baharu.

Katanya, sempadan pilihan raya baharu sudahpun diketahui dan PH sudah bersedia untuk menghadapinya.

Sementara itu, Salahuddin menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menyiasat beberapa kes berprofil tinggi.

“Sepatutnya tiada persepsi terhadap pendakwaan berpilih apabila banyak kes melibatkan – bekas pengerusi Felda Abdul Isa Samad, Bill Kayong dan Menteri Besar johor Khaled Nordin – masih terbuka.

“Pihak berkuasa mesti menyiasat kes-kes ini supaya dilihat berlaku adil,” kata Salahuddin di Wisma Amanah hari ini.

–¬†https://www.themalaysianinsight.com

.