PAKATAN RAKYAT SUDAH TIDAK WUJUD – GUAN ENG

GEORGE TOWN – Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata, gabungan Pakatan Rakyat sudah tidak lagi wujud.

“Tidak ada lagi Pakatan Rakyat,” kata beliau pada sidang media selepas menghadiri sambutan rumah terbuka Aidilfitri Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang di sini.
Guan Eng membuat kenyataan itu sehari selepas MenteriBesar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata Selangor akan terus ditadbir oleh Pakatan Rakyat yang telah dibubarkan kerana ia berupa mandat daripada rakyat.

Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang diminta mengulas kenyataan Azmin itu.
Guan Eng,bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Pulau Pinangdi tadbir oleh kerajaan Pakatan Harapan dan kita adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan. Saya akan menjawab dengan memberi butiran kemudian,” kata beliau.

Pakatan Harapan ditubuhkan pada Sept 2015 oleh DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) selepas Pas memutuskan hubungan dengan DAP pada Julai 2015 yang menyebabkan Pakatan Rakyat berkubur.

– BERNAMA

.